Sunday, September 4, 2022

Homestay baru menggantikan Villa Meena - MyHomestay Raisha Homestay Bangi

 Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat. Kami ingin memaklumkan bahawa Villa Meena telah ditutup, dan ada homestay baru yang menggantikan Villa Meena iaitu MyHomestay Raisha. Terletak depan Villa Meena sahaja dan merupakan sebuah rumah tiga tingkat corner lot. Sesuai untuk berkumpul ramai-ramai.

MyHomestay Raisha - Homestay Besar Corner Lot di Bandar Baru Bangi

 Adakah anda sedang mencari homestay besar untuk keluarga anda berkumpul di Bandar Baru Bangi? Nak ada halaman yang luas? Nak boleh buat BBQ? 

Homestay baru kami iaitu MyHomestay Raisha yang baru sahaja dibuka pada tahun 2020. adalah merupakan homestay 3 tingkat corner-lot yang boleh memuatkan sehingga 20 orang. 

Homestay ini menggantikan Villa Meena dan terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

MyHomestay Raisha (Homestay bangi besar) terletak dekat dengan pelbagai kedai makan, termasuk boleh berjalan kaki ke McDonald's yang baru dibuka di Taman Kajang Impian.

MyHomestay Raisha adalah merupakan homestay bandar baru bangi yang besar, luas dan selesa.



Halaman yang besar membolehkan ahli keluarga berkumpul untuk bermain atau barbecue bersama keluarga dan sahabat handai tercinta.

MyHomestay Raisha mempunyai 6 bilik tidur dan 5 bilik air - dan mempunyai ruang tamu yang luas di setiap tingkat.




Sekiranya berminat, untuk mendapatkan makluman lanjut tentang MyHomestay Raisha, boleh akses ke laman berikut: https://homestaybandarbarubangi.com/myhomestay-raisha-bandar-baru-bangi/

Saturday, February 23, 2019

Bilik-bilik homestay umpama hotel di Villa Meena Homestay Bandar Baru Bangi

Kenapa ramai yang sukakan Villa Meena ya?


Villa Meena Homestay Bandar Baru Bangi bukan sahaja besar dan luas (selesa sangat, tak perlu nak bersempit dan berhimpit mcm sardin), malah bilik-bilik di Villa Meena disediakan seakan-akan bilik hotel.

Bilik besar di Villa Meena Homestay Bangi Cantik


Kenapa macam hotel?

1. Semua bilik dilengkapi aircond. Tak perlu tidur sambil berpeluh2.
2. Cadar, selimut comforter + duvet cover, bantal hotel sampai 3 biji untuk setiap katil
3. Tuala hotel berwarna putih yang tebal, selesa dan menyerap air juga disediakan untuk tetamu Villa Meena.
4. Kesemua bilik tidur bersambung dengan bilik air, tak perlu nak keluar2 bilik untuk ke bilik air. Mudah dan privacy.
5. Kesemua bilik air yang bersambung dengan bilik tidur dilengkapi dengan water heater. Tak perlu mandi air sejuk pagi-pagi.


Ada yang tak macam hotel ke?

Hmmm.. apa ya yang tak macam hotel.. haaa.. ada2..
1. Villa Meena dilengkapi dengan grill untuk keselamatan anda. Tak perlu risau anak-anak panjat keluar balkoni.
2. Kaca di Villa Meena telah 'ditintedkan' bagi mengurangkan cahaya matahari yang panas masuk ke homestay. So aura homestay rasa sejuk dan selesa je.

Suka tak? Hehe..

Bilik paling besar di Villa Meena Homestay Bangi dilengkapi dengan 2 katil Queen.

Bilik sederhana besar di Villa Meena dilengkapi dengan 1 Queen bed.

Sangat Berbaloi!



Harga Villa Meena amatlah berbaloi kerana Villa Meena Homestay adalah dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan-kemudahan yang penting untuk anda. Anda tak perlu risau tentang keselesaan di sini. Kalau nak sewa homestay untuk bakal mertua pun anda akan rasa bangga dan tak perlu risau, kerana mereka akan mendapat homestay yang tip top dan terbaik!

Tunggu apa lagi, Whatsapp Villa Meena Homestay sekarang: 0193687768.



Monday, November 5, 2018

Villa Meena Homestay Bangi

Nak cari homestay?
Keluarga ramai tak tau nak muat kat mana?
Nak pastikan keluarga selesa?
  
Dan terutama sekali kalau sewakan untuk keluarga pengantin lelaki/perempuan, mestilah nak berikan yang terbaik, kan? =)

Villa Meena Homestay Bangi merupakan pilihan terbaik anda!

 Villa Meena Homestay Bangi merupakan rumah teres 3 tingkat yang terletak berdekatan dengan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. 

Besar, selesa, nak muat sampai 20 orang di Villa Meena ni pun masih rasa luas!
Hubungi saya di 019-3687768 (Nisa) untuk booking sekarang atau untuk maklumat lanjut.




Apakah kemudahan yang disediakan di Villa Meena Homestay Bangi?
  1. Rumah teres 3 tingkat yang luas dan selesa.
  2. 5 bilik tidur yang dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan anda. Setiap bilik adalah bersambung dengan bilik air untuk kemudahan anda. Terdapat 6 buah katil Queen dan 2 sofabed, boleh memuatkan 14 orang dengan selesa. Tak perlu lagi bergaduh berebut bilik air masa nak bersiap pergi kenduri.
  3. Kesemua katil dilengkapi dengan tilam, bantal dan linen bertaraf hotel. Gebu dan selesa!
  4. Dapur yang lengkap dengan electric stove, periuk dan kelengkapan memasak, microwave oven dan water filter dispenser hot/cold untuk kemudahan anda! Senang, tak perlu anak-anak nangis sementara tunggu air masak.
  5.  Ruang tamu yang dilengkapi dengan set sofa, TV beserta Astro Njoi dan penghawa dingin untuk keselesaan anda! 




Mengapa anda perlu memilih Villa Meena Homestay Bangi?
  1. Keselesaan: Sekiranya anda mementingkan keselesaan untuk keluarga anda, Villa Meena merupakan pilihan yang terbaik kerana keluasannya dan tilam yang empuk untuk tidur yang lena.
  2. Kemudahan:  Nak mudah untuk membuat susu anak-anak? Di Villa Meena kami sediakan water filter dispenser yang menyediakan air Hot/Cold untuk kegunaan anda sekeluarga. 4 daripada 5 bilik air kami juga dilengkapi dengan water heater.
  3. Berdekatan dengan kedai dan bandar: Nak mudah membeli barang? Nak keluar jalan-jalan? Villa Meena terletak hanya 2 minit driving dari stesen minyak Petronas, MyMydin, KKMart, 7-11, banyak jenis restoran dan kedai makan untuk anda. Klinik pun ada. =) Sekiranya anda ingin ke Bangi Sentral, hanya terletak dalam 5-6 minit driving dari Villa Meena.
  4. Sekuriti: Villa Meena terletak dalam kawasan sekuriti berpagar untuk keselesaan dan keselamatan anda.



Ramai keluarga dan sahabat handai yang telah memilih Villa Meena amat berpuas hati dengan keselesaan dan fasiliti yang disediakan di Villa Meena Homestay Bangi. Harga pun berbaloi sangat dengan keselesaan dan kemudahan yang ada!
 

Harga Villa Meena Homestay Bangi adalah yang terbaik untuk anda:
Harga Normal:
RM499/malam
Harga promosi terkini:


Murah dengan saiz dan kemudahan yang disediakan. Berbaloi sangat kan! Apa tunggu lagi? Book Villa Meena sekarang!
Hubungi saya di 019-3687768 (Nisa) untuk booking sekarang atau untuk maklumat lanjut.


Homestay baru menggantikan Villa Meena - MyHomestay Raisha Homestay Bangi

 Assalamualaikum semua, Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat. Kami ingin memaklumkan bahawa Villa Meena telah ditutup, dan ada homestay...